Menutup tirai tahun 2014, Badan Kebajikan Guru dan Staff (BAKES) SK Desa Tun Hussein Onn telah mengadakan Majlis Makan Malam bertempat di Hotel Grand Season Kuala Lumpur. Majlis makan malam yang bertemakan Elegant Night ini diadakan bagi meraikan guru-guru dan kakitangan SKDTHO. Selain itu majlis perpisahan turut diadakan bagi meraikan guru-guru yang telah berpindah dan yang akan berpindah. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada AJK BAKES 2014 yang berusaha untuk menjayakan majlis makan malam ini. Diharapkan dengan penganjuran program seperti ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim antara guru-guru dan kakitangan SKDTHO.
18 November 2014
Tuesday, November 18, 2014
Linda Ishak
Majlis Anugerah Cemerlang 2014 telah diadakan pada 14 November 2014. Majlis ini dianjurkan untuk memberi penghargaan dan anugerah kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP Pibg Sk Desa Tun Hussein Onn. YBHG Mejar Zainuddin bin Che Am
Subscribe to:
Posts (Atom)