18 March 2014

17 Mac 2014....Delegasi kunjungan seramai 16 orang yang diketuai oleh Encik Wan Zambri bin Wan Ali  Ketua Unit Kurikulum, Sektor pengurusan Akademik JPWPKL mengadakan lawatan bertujuan untuk melihat bagaimana pelaksanaan PDP dengan menggunakan Vle frog. Dengan lawatan sebegini diharap SKDTHO dapat menjadi pemangkin kearah sekolah yang menggunakan vle frog dalam suasana didalam kelas. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.Jadi penggunaan vle frog diperluas dan digunakan didalam bilik darjah agar guru-guru dapat memperkembangkan idea pembelajaran yang menarik dikalangan murid-murid. 

Selain itu juga,sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.

Jadi, wajarlah guru-guru dapat mengaplikasikan sistem Vle frog kerana ia agak menarik untuk di gunakan sepenuhnya dalam PDP. Pembelajaran maya kini mula menular kerana ia berkait rapat dengan penggunaan teknologi.

Tahniah kepada Penyelaras Frog iaitu En. Khairul Anwar bin Sharin atas pengorbanannya yang membawa frog SKDTHO ke hadapan. Tahniah kepada pihak pentadbir yang memberi sepenuh sokongan kepada team frog dalam menjayakan program seperti ini. Semoga program   ini dapat diteruskan dalam memberi pengalaman  dan pembelajaran yang menarik.

SEDUTAN UCAPAN KETUA UNIT KURIKULUM






2 comments:

  1. bestnyer kemudahan serba lengkap, dekat skola baru CN , tak dapat nk aktifkan frog sangat sebab kekangan kemudahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami memanfaatkan kemudahan yang sedia ada Cikgu Norazimah

      Delete