SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
Matlamat Pemberian SPBT
- Meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu.
- Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah diperkenalkan sejak tahun 1975 kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Skim ini bertujuan memastikan murid daripada keluarga kurang berkemampuan menerima kemudahan pinjaman buku teks. Pada tahun 1983, SPBT telah diperluaskan ke Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR). Pengukuhan SPBT telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2008 dengan menyediakan kemudahan pinjaman percuma kepada murid tanpa mengira status sosio ekonomi selaras dengan kehendak masyarakat yang bersesuaian dengan dasar SPBT itu sendiri.
Kini Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan pembaharuan dalam bahan pengajaran dan pembelajaran dengan menerbitkan CD-ROM pada setiap keluaran buku teks. CD-ROM tersebut mengandungi teks, ilustrasi grafik, animasi, audio, video, multimedia interaktif dan aktiviti interaktif termasuk simulasi, permainan komputer dan ujian (penilaian) interaktif. Ia juga dilengkapi dengan bku catatan elektronik yang dikenali dengan e-journal sebagai alat komunikasi. Selain menerbitkan buku teks yang menepati kehendak kurikulum dan berkualiti tinggi, usaha telah diambil untuk memastikan pakej buku teks yang diterbitkan sesuai untuk kumpulan sasar dan membantu untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Setiap murid juga diberi peluang untuk menggunakan CD-ROM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Satu majlis pelantikan pengawas SPBT telah diadakan. Ini adalah untuk memastikan perancangan untuk melaksanakan tugas-tugas SPBT dapat dijalankan. Oleh yang demikian guru SPBT iaitu Puan Siti Zarinah bt Long telah mengemaskini kerja-kerja pemilihan pengawas SPBT ini agar objektif untuk membantu melaksanakan tugas-tugas SPBT terlaksana.
Antara tugas Pengawas SPBT :
1. Membantu melicinkan kerja-kerja pengagihan dan pemulangan
2. Menjalankan aktiviti kebersihan dan keceriaan bilik BOSS
3. Melaksanakan penyusunan buku-buku teks
OBJEKTIF JAWATANKUASA SPBT
1.Kekurangan buku teks dapat ditangani dengan segera.
2.Mengurangkan masalah kerosakan buku teks.
3.Bekerjasama menceriakan bilik SPBT.
4.Meningkatkan tahap kualiti dalam pengurusan SPBT.
5.Murid mendapat buku teks sebelum sesi persekolah baru bermula.
6.Menyediakan jadual bertugas untuk pengawas SPBT
KEMPEN SAYANGI BUKU
1.Mewajibkan semua murid agar dapat membalut dan menjaga buku teks yang dibekalkan dengan sebaik mungkin.
2.Memberi peringatan kepada murid dari masa ke semasa tentang keselamatan buku teks
3.Membuat pemantauan buku teks dari kelas ke kelas.
4.Menyediakan jadual tugas untuk AJK SPBT.
5.Sentiasa menerapkan rasa tanggungjawab menjaga barang hak kerajaan.
MISI "JK SPBT memastikan semua murid mendapat buku teks untuk menyokong Pembelajaran yang berkesan" MOTO Efisyen Kemas kini Ceria
bersyukur dengan adanya spbt semua murid-murid mendapat manfaatnya..
ReplyDeleteAlhamdulillah.....
Delete