Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto NSTP/Abdullah Yusof
KUALA
LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi
persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir
yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
Beliau
berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun
2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari
2015 (Ahad).
Manakala
bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).
"Seperti
semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan
khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.
"Sehingga
pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati
sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada
dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut
ditenggelami air akibat banjir.
"Sebagai
Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang
bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu
bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti
dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu
dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan
itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan
permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama
seminggu," katanya dalam satu kenyataan.
Penangguhan
ini juga dibuat setelah mengambil kira;
a)
Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan
mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b)
Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba
kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan
persekolahan mereka.
Muhyiddin
berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah
menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan
sekolah masing-masing.
Ini katanya,
bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan
sempurna.
Sumber : BH Online
|
29 December 2014
Monday, December 29, 2014
Linda Ishak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
singgah sini ye sambil follow sambil klik mercy ! singgah la blog shahril pulak .
ReplyDeletesinggah sini sambil klik nuffnang . jom ke blog shahril . ade entry baru !
ReplyDeletehttp://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/tarikh-agihan-duit-br1m-2015.html
memang patut pun diberi cuti,kalau tidak bersesaklah di sekolah.
ReplyDeletesetiap tahun mesti begitu..
ReplyDelete