Ibubapa telah diberi taklimat tentang kepentingan penggunaan frog vle dalam pembelajaran anak mereka. Taklimat yang disampaikan oleh En. Khairul Anwar bin Sharin, selaku penyelaras frog di peringkat sekolah.Dalam taklimatnya beliau berharap agar ibubapa dapat turut serta dalam penggunaan pembelajaran maya bagi memastikan mereka mendapat input serta info sekolah. Jadi pada 25 Januari yang lalu, satu penyerahan id serta password telah dilakukan untuk memastikan ibubapa sentiasa aktif dalam penggunaannya. Cara-cara penggunaan telah dinyatakan dalam kad frog yang telah diedarkan kepada ibubapa.
Apakah itu Frog VLE?
Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.
PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN
Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.
Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.
Akses kepada Frog VLE
- Peranan Ibu Bapa membantu serta membimbing anak melalui
- pengurusan Dashboard Peribadi dan My Documents
- penggunaan applikasi Kalendar untuk menyusun jadual waktu anak serta mewujudkan sikap pengurusan masa yang efektif
- memantau perkembangan akademik anak melalui aplikasi Assignment(Tugasan)
- menggalakkan anak berkomunikasi dengan guru melalui fungsi 'chat' yang ada dalam aplikasi Assignment (Tugasan)
- Peranan Ibu Bapa memantau cara penggunaan internet anak keselamatan siber
- sikap memantau bukan mengintip Frog VLE Terima Kasih Faedah Kepada Guru dan Sekolah Pengajaran & Pembelajaran
- Alatan untuk menjadikan pengajaran lebih menarik dengan sumber pembelajaran yang disesuaikan melalui penghasilan laman Pengajaran & Pembelajaran
- Antaramuka menarik, segar dan bertenaga direka untuk menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menyeronokkan dan sesuai dengan pelajar
Komunikasi:
- Platform lebih menarik dan menyeronokkan untuk pelajar dengan guru dan rakan sekolah Faedah Kepada Pelajar Faedah Kepada Ibubapa Komunikasi:
- Akses dari mana jua menggunakan sambungan Internet, senang dan mudah untuk: Berkomunikasi dengan sekolah
- Terima laporan anak dan notis sekolah
- Terima dokumen sekolah (contoh: Surat Kebenaran) Pentadbiran:
- Menyelaras dan memudahkan proses pentadbiran dan pengurusan sekolah
- Memudahkan proses kerja melalui portal setempat untuk memberi tugasan, pemarkahan dan memantau tugasan pelajar
Laman Komuniti untuk guru berkolaborasi dan berkongsi idea
@thomas
ReplyDeleteThomas.. Yup sudah mula dipakai sekarang, sekiranya anda ada anak sekolah, boleh retrive ID anda di portal 1bestari.net
dah dpt user anak tp blom pernah guna :)
ReplyDeleteBro Sop kena cuba login dulu... Then main wordmania... gerenti mabeles lah....
Delete