29 January 2014

Satu perjumpaan bersama ibubapa serta penjaga telah diadakan pada 25 Januari 2014 bertempat di Dewan Seri Cemerlang.Tujuan perjumpaan tersebut dijalankan adalah untuk membincangkan tentang strategi untuk meningkatkan prestasi UPSR murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan itu pada tahun ini. Disamping itu juga pihak sekolah ingin mengetahui segala permasalahan anak mereka agar pencapaian murid dapat dipertingkatkan seterusnya mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.


                                                                         MATLAMAT

Mendapatkan kerjasama ibubapa supaya dapat memainkan peranan dalam mempertingkatkan prestasi murid-murid dalam peperiksaan UPSR dan peperiksaan lainnya


OBJEKTIF
  • Menjalin kerjasama dengan ibubapa dan penjaga supaya dapat membantu pembelajaran anak-anak ketika di rumah
  • Memberikan kesedaran kepada murid-murid dan ibubapa serta penjaga tentang kepentingan persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan UPSR
  • Mendapatkan maklum balas daripada penjaga tentang kaedah terbaik bagi mendapatkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan

SASARAN
Ibubapa/Penjaga murid Tahun 6






Reactions:

1 comment: