11 February 2014

Bagi memastikan murid menggunakan sepenuhnya aplikasi vle frog untuk tujuan pembelajaran maka pihak SK Desa Tun Hussein Onn telah mengambil langkah yang proaktif kearah merealisasikan pembelajaran maya dikalangan murid. Maka bagi menghargai murid-murid yang giat aktif menggunakan aplikasi ini, terdapat beberapa anugerah yang telah disediakan kepada murid-murid tersebut. Pertandingan Wordmania juga sedang berlangsung ke pusingan ketiga. Terdapat peningkatan ranking kedudukan sekolah. Tahniah kepada murid serta guru yang berusaha kearah kecemerlangan sekolah dalam meneroka dunia it. Terima kasih untuk Cikgu Khairul Anwar dan team frog yang beruasaha gigih kearah melestarikan ict dalam pembelajaran murid.

Anugerah-anugerah ini telah dimenangi oleh :

Pengguna Paling Aktif bulan Januari  (L) : Muhammad Iman Affiq bin Zainuddin

Pengguna Paling Aktif bulan Januari  (P) : Nabila Najwa Muhammad Hairuddin

Champion Wordmania Challenge Round 1 : Muhammad Irfan Azwa Zainuddin

Champion Wordmania Challenge Round 2 : Airil Izairi Jamuri

Dengan adanya anugerah seperti ini, adalah diharapkan pelajar dapat bersaing secara sihat untuk memanfaatkan lagi penggunaan teknologi dalam pendidikan.

Budak-budak main galah,
Galah terjatuh di atas papan,
Jangan sekali mudah mengalah,
Ingat kejayaan menanti di hadapan.








Reactions:

10 comments:

  1. Syabas dan Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya.....

    ReplyDelete
  2. Bagusnya. Siap dapat anugerah. Boleh mendidik mereka lebih maju macam ni. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  3. @Ahmad Zaki
    Thanks Bro.. nak memberi peneguhan yang positif kepada pelajar...

    ReplyDelete
  4. singgah & follow sini...salam kenal tuan blog..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Pn Kamsiah, saya dah follow akak kembali, salam kenal..

      Delete
  5. Idea yg bgus gak bila bg anugerah ni..tambhan utk ckgu pun ok kan? Good2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CN, Semua ni atas inisiatif penyelaras frog SKDTHO....

      Delete