13 April 2014

Bertempat di SK Kementah, telah berlangsungnya karnival PPDa Zon Keramat. Karnival yang berlangsung selama sehari yang melibatkan sekolah-sekolah di sekitar zon keramat. Sepanjang karnival diadakan, beberapa acara dan pertandingan telah dijalankan. Wakil SKDTHO iaitu Fatin Nur Atiqah, murid tahun 6a, Telah berjaya mendapat tempat ke empat dalam pertandigan sajak. Fatin Nur Afiqah telah dibimbing oleh Cikgu Nina. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Cikgu Nina dan Fatin Nur Atiqah.

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai PPDa

PPDa adalah singkatan kepada Pendidikan Pencegahan Dadah. Program ini merupakan salah satu program melibatkan murid anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial lainnya.

Objektif PPDa

1.         Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada murid-murid,guru,kakitangan pendidikan dan ibubapa.
2.      Membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan jatidiri yang tinggi di kalangan murid dari segifiikal,emosi,rohani dan mental.
3.      Membentuk budaya sihat.tingkahlakupositif, dan amalan nilai-nilai murni di kalangan murid  sekolah.
4.      Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah.
5.      Menyediakan alternetif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah.

Program ini perlu diteruskan dengan memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk memberi impak yang lebih dengan penglibatan murid yang lebih menyeluruh. Ini adalah selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah merealisasikan “Sekolah Bebas Dadah ”





6 comments: