19 January 2014



Program transisi sudah melabuhkan tirainya. Majlis penutup disempurnakan oleh Encik Rooslan b. Ahmad, Guru Besar SKDTHO. Program ini telah dijalankan bermula dari 2 Januari hingga 16 Januari 2014.   

 Antara matlamat dan objektif program adalah: 

*   Mendedahkan bakal murid-murid  Tahun Satu kepada suasana persekolahan sebenar.

*  Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai hal ehwal persekolahan yang perlu mereka ketahui.

OBJEKTIF

*   Memberi suntikan kepada murid-murid yang akan menempuh alam persekolahan    supaya lebih bersedia menjelangnya hari persekolahan sebenar.

*  Mengenalkan suasana persekolahan dengan lebih dekat lagi dengan membawa  mereka bertemu dengan guru-guru serta melihat persekitaran sekolah seperti bilik        darjah, pusat sumber, tandas, kantin, pejabat, surau dan bilik-bilik khas.

*  Menjelaskan kepada ibu bapa hal-hal berkaitan persekolahan anak-anak yang perlu mereka ketahui bagi mereka yang anak-anaknya baru melangkah ke alam persekolahan demi menjalinkan hubungan yang lebih rapat di antara sekolah dengan ibu bapa serta untuk kebaikan bersama.


    Majlis berjalan dengan lancar dengan kerjasama Penyelaras Program Transisi Tahun 1. Penghargaan terima kasih kepada Ustaz Wan Aminuddin dengan memimpin bacaan doa serta sekalung penghargaan kepada Encik Rooslan bin Ahmad selaku Guru Besar SKDTHO, Puan Siti Normah bt Abdullah,Penolong kanan Tadbiran Dan Kurikulum serta semua guru tahun 1 dan JK Transisi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program transisi ini. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah.





















Reactions:

0 comments:

Post a Comment