16 January 2014



Dalam usaha untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran bagi mencapai objektif Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang telah ditetapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, SK Desa Tun Hussein Onn akan mengamalkan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti mulai 2014. Ini selaras dengan hasrat Jabatan Pelajaran Negeri  Wilayah Persekutuan yang mewajibkan semua sekolah di Kuala Lumpur mengamalkan SPSK dalam semua pengurusan sekolah.


LATAR BELAKANG

SPSK adalah singkatan bagi Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti. Tumpuan utama dalam SPSK adalah pemantapan dari segi pengurusan dan pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di sekolah seluruh Wilayah Persekutuan. SPSK didokumenkan berdasarkan kepada prosedur kualiti MS ISO 9001:2008 dengan matlamat menyediakan semua sekolah di negeri Wilayah Persekutuan ke arah sekolah bertaraf dunia.


OBJEKTIF

1.         Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.
2.         Memastikan pencapaian murid setiap sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencapai 65% lulus atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam setiap mata pelajaran bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan awam.
3.         Memastikan 100% murid sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapat perkhidmatan Bimbingan dalam kemahiran belajar, pembangunan diri murid, motivasi dan kerjaya.
4.         Melaksanakan prosedur Pengurusan Kewangan tanpa teguran audit.

MATLAMAT

1.         Memantapkan kecemerlangan sekolah agar memperolehi Tawaran Baru (Bai`ah) setiap tahun.
2.         Menyediakan sekolah kea rah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang tahun 2014
3.         Sifar sekolah yang berada di Band 5,6 dan 7 menjelang 2014 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kecuali sekolah yang baru dibuka.
4.         Sifar sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapat audit berteguran menjelang tahun 2014.
5.         Memastikan semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengamalkan sistem Pengurusan Sekolah Kualiti Berasaskan MS ISO 9000 menjelang tahun 2015


PROSEDUR KUALITI ( PK ) SPSK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

PK01   :  Pengurusan Panitia
PK02   :  Pengurusan Jadual Waktu
PK03   :  Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran
PK04   :  Pengurusan Pencerapan
PK05   :  Pengurusan Peperiksaan
PK06   :  Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid
PK07   :  Pengurusan Mesyuarat
PK08   :  Pengurusan Bimbingan
PK09   :  Pengurusan Pusat Sumber
PK10   :  Pengurusan Perkembangan Staf
PK11   :  Pengurusan Aduan Pelanggan
PK12   :  Pengurusan Maklum Balas Pelanggan
PK13   :  Pengurusan Kawalan Dokumen dan Rekod Kualiti
PK14   :  Pengurusan Audit Dalam
PK15   :  Pengurusan Kawalan Perkhidmatan yang Tidak Akur
PK16   :  Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan
PK17   :  Pengurusan Perolehan

DEFINISI PENGURUSAN BERKUALITI
Pengurusan:
Satu proses sosial yang melibatkan aktiviti seperti merancang, mengelola, melaksana (memimpin) dan mengawal pelaksanaan program-program atau tindakan bagi mencapai matlamatyang telah ditetapkan

Berkualiti :
Perkhidmatan ( output ) memenuhi kehendakpelanggan dan stakeholder

CIRI-CIRI PENGURUSAN BERKUALITI

1. Penambahbaikan berterusan
2. Penekanan yang lebih kepada peranan pengurusan atasan
3. Mengambil kira keperluan undang-undang dan peraturan
4. Objektif yang boleh diukur pada setiap peringkat dan fungsi yang berkaitan
5. Memastikan keberkesanan latihan
6. Analisis data bagi tujuan pengukuran pencapaian pelaksanaan sistem kualiti
7. Maklumat kepuasan atau ketidakpuasan pencapaian sebagai pengukuran
    pencapaian pelaksanaan objektif kualiti

KELEBIHAN PENGURUSAN BERKUALITI

1.    Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan terhadap pencegahan
       dan bukan mengatasi masalah setelah perkara yang berkenaan berlaku
2.    Kajian Semula yang berterusan ke atas proses – proses yang kritikal dan
       membuat tindakan pembetulan
3.    Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati ” prinsip betul
       pertama kali dan setiap kali ”
4.    Pelaksanaan tugas berdasarkan kepada prosedur yang didokumenkan, dan
5.    Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang
       telah dilaksanakan


0 comments:

Post a Comment