15 January 2014



Bengkel Penulisan RPH dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia berjaya memberikan pendedahan kepada semua guru tahun 1 hingga 6 untuk memanfaatkan aplikasi sumber terbuka sebagai media dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Bengkel ini diadakan pada 11 Januari 2013 serta bertempat di Dewan Seri Cemerlang. Bengkel dikendalikan oleh Puan Roslinda, Jurulatih Utama Bahasa Malaysia. 

Fokus utama bengkel RPH ini adalah untuk selaraskan penulisan antara semua guru bahasa malaysia tahun 1 hingga 6 .Bengkel ini diadakan untuk mendedahkan dan memantapkan lagi penulisan RPH agar lebih baik lagi. Guru-guru juga diminta menyediakan satu rancangan pelajaran harian untuk dibentangkan. Kerjasama yang baik ditunjukkan oleh semua guru bahasa malaysia menyebabkan Ketua Panitia iaitu Puan Azizah bt Abd Aziz merasakan bengkel ini amat berkesan, berguna dan sesuai dilaksanakan pada  masa akan datang.Disamping itu juga,bengkel ini amat bersesuaian dengan  guru baharu yang baru memulakan bidang perguruan khasnya yang mengajar bahasa malaysia.

Puan Tuminah dan Puan Roslinda juga telah menyampaikan slot penandaan kertas penulisan khususnya kepada guru tahap 2. Fokus penandaan ini untuk kertas penulisan di bahagian A, B dan C. Penerangan yang disampaikan secara ringkas tetapi hasilnya sangat memanfaatkan kepada guru bahasa melayu tahap 2. Guru didedahkan bagaimana penandaan diperingkat UPSR serta guru diberi latihan pengukuhan dengan diberi contoh manuskrip murid untuk ditanda. 

Bagi pihak panitia bahasa malaysia mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan penglibatan semua guru bahasa melayu SKDTHO pada bengkel yang telah diadakan.

                      
                                 
perbincangan akhir sebelum bengkel bermula
kata-kata aluan KP...penuh gaya......
tulis apa tue Hajah Norma....
cara yang betul untuk menanda ya..kata Pn.Tuminah...
jejaka PBS
Nira n Khai sibuk nak tanda.....

makan dulu ya!!!!

En. Saiful bentang RPH tahun 3...tenang jea



















0 comments:

Post a Comment