12 January 2014

    
Program pertama yang membuka lembaran sesi 2014 telah diadakan di Dewan Seri Cemerlang yang berlangsung selama dua hari dan melibatkan murid-murid tahun 4. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini dijalankan untuk memperkenalkan KSSR serta mendedahkan murid-murid tahun 4 dengan subjek yang baru. Seramai lapan orang guru yang telah menghadiri kursus Penyebaran KSSR Tahun 4 menyampaikan hasil dapatan dan berkongsi maklumat sepanjang kursus yang telah dihadirinya. Guru-guru yang terlibat sesi orientasi matapelajaran:

  1. En. Muhammad Nasir Abdullah                                   
  2. Pn. Azliza bt Azhar                                                      
  3. Pn. Chitra Devi                                                           
  4. Pn. Najihah bt Lokman
  5. Pn. Farah Shahidah
  6. 6. Pn. Hjh Norma bt Abdullah
  7. Pn. Rohani Bt Mohd Noor
  8. Pn. Rafidah bt Chuang

Antara subjek baru yang diperkenalkan adalah Sejarah, Reka Bentuk dan Teknologi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bukan setakat subjek baru diperkenalkan malah penambahan masa untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Bahasa Inggeris. Ini merupakan langkah yang baik bagi murid-murid mendalami dan memahami konsep KSSR dengan lebih mantap. Terdapat juga penambahbaikan yang telah dilakukan mulai tahun 2014. Antaranya :

  • Sistem Pentaksiran KSSR tidak perlu didisi secara talian. Pentaksiran hanya dilakukan disekolah dan tidak lagi dihantar kepada KPM.
  • Sistem fail perkembangan murid atau fail show case dimansuhkan untuk tahun 4 sahaja tetapi masih lagi dijalankan untuk murid tahun 1-3.
  • Dokumen Standart Kurikulum ( DSK ) dan Dokumen Standart Prestasi (DSP) digantikan dengan Dokumen Standart Kurikulum dan Prestasi ( DSKP). Ini lebih memudahkan guru dan mesra alam.
  • DSKP ini merupakan penambahbaikan dari DSP dan DSK.Perubahan ini dijalankan secara berperingkat mulai tahun 2014 ( untuk tahun 4), 2015 ( tahun 5), 2016 ( tahun 6) serta 2017 ( tahun 1-3)-tertakluk kepada perubahan.
  • Perubahan ini melibatkan 23 subjek di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.


Orang Kuat subjek sejarah
Bagi pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan terima kasih diatas segala perkongsian maklumat daripada guru-guru tahun 4.



2 comments: