Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
Rindu untuk berada dalam suasana sambutan hari guru..sangat rindu..
ReplyDeleteTerima Kasih Perdu Cinta...
Deleteselamat hari guru kepada semua guru :)
ReplyDeleteSelamat Hari Guru jugak buat Bro SOP
DeleteJarang ada website sekolah yang sebegini aktif! Tahniah!
ReplyDeleteterima kasih
Deleteselamat hari guru buat semua warga pendidik :)
ReplyDeleteTerima Kasih Bro SOP. Selamat Hari Guru Jugak buat Bro SOP...
DeleteSelamat Hari Guru!
ReplyDeletejasa guru sentiasa dikenang.
Thank You Sir...
Deleteselamat petang cikgu., ehHHee
ReplyDeleteSelamat Petang Wak....
Deletecikgu2.. harinia da perhimpunan x? hehe
ReplyDelete