25 August 2014

Majlis Pelancaran Bulan Patriotik Peringkat Sekolah SKDTHO telah diadakan hari ini di Anjung Ilmu. Seluruh warga sekolah telah bersama-sama meraikan malis penuh makna ini. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik dan kibaran jalur gemilang. Ini diikuti dengan bacaan doa, ucapan perasmian serta pelancaran gimik oleh Guru Besar SKDTHO En. Rooslan bin Ahmad bagi sesi pagi manakala perasmian bagi sesi petang dilakukan oleh Penyelia Petang, Pn. Badariah bt Baharuddin.Sepanjang sambutan kemerdekaan ini pelbagai aktiviti akan diadakan. Antaranya adalah

1.   Pertandingan Mewarna Bunga Raya (Tahun 1)
2.   Pertandingan Mewarna Poster (Tahun 2)
3.   Pertandingan Melengkapkan Lirik Lagu Patriotik (Tahun 1,2 & 3)
4.   Pertandingan Menulis Lirik Lagu Patriotik (Tahun 4)
5.   Pertandingan Koir (Tahun 5)
6.   Pertandingan Menjahit Sulaman (Tahun 4)
7.   Pertandingan Melukis Poster (Tahun 5)

8.   Pertandingan Melafazkan Ikrar (Tahun 4&5)
9.   Pertandingan Teka Silangkata Nilai Murni (Tahun 2)
10. Pertandingan Robotik (bebas)
11. Pertandingan Melengkapkan Pantun (Tahun 3)
12. Pertandingan Bijak Bersajak (Tahun 4)
13. Pertandingan Coretanku (Tahun 5)

Berikut adalah gambar-gambar sepanjaang Bulan Patriotik..



0 comments:

Post a Comment