27 August 2014

Satu seminar Pembelajaran Maya Murid Peringkat Kebangsaan (VLE Students Showcase Seminar 2014) telah berlangsung pada 18 - 20 Ogos 2014 bertempat di USM, Pulau Pinang. Seramai 4 orang pelajar SKDTHO iaitu Nur Farah Karmila Bt Mohd Nazar, Nur Qurratuain Qaisara Bt Shafuddin, Muhammad Afiq Farhan bin Mohd Nasaruddin dan Nur Izzuddin Shafiq Bin Zorkarnain telah terpilih ke seminar berkenaan dengan diiringi oleh En. Mohd Nurnashrul bin Kamaruddin.

Matlamat seminar berkenaan diadakan adalah untuk memastikan 38% murid login VLE dan menggunakan laman pembelajaran sekurang-kurangnya 35 minit seminggu. Disamping itu, diharapkan juga seminar ini dapat menjadikan semua murid yang menyertai latihan berpusat VLE sebagai duta VLE di peringkat sekolah, daerah dan negeri masing-masing.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah, Bengkel Frog VLE, Google, Hour Of Code, Classrrom Of The Future, Digital Story Telling, Skill Up dan pelbagai lagi bengkel yang menarik.

Diharapkan pelajar yang terlibat dengan bengkel ini dapat menyebarkan ilmu dan memanfaatkan ilmu untuk kegunaan bersama. 






2 comments:

  1. bagus..kat trg belum ada kursus seperti ini utk murid2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah saya bertuah sebab terpilih.. Tq salwani...

      Delete